Thursday, August 25, 2011

First time my blog in Malay.hehehee

berkenaan pelajar cybernetics agih bubur lambuk?

bnda alh tu kuar dlm mymetro ker? just o9 nye paper jer. aq pun bru thu. anyway kowg bce r.aq bgi kowg bce kat blog aq.

BUAT julung kalinya, Kolej Cybernetics, Taman Maluri, Kuala Lumpur menganjurkan program agihan bubur lambuk kepada warganya sempena Ramadan, baru-baru ini.

Ia bertujuan menjalin hubungan mesra antara satu sama lain, sekali gus menyemarak kedatangan Syawal.

Pegawai kebajikan kolej itu, Zaini Kamaruddin, berkata program ini dirancang de-ngan teliti bagi memastikan objektifnya tercapai.

Menurutnya, dengan tema ‘kepuasan dan kenikmatan biarlah bersama’ ia bukan saja dijalankan dengan sokongan warga kolej, malah mendapat kerjasama Masjid Al- Shafee Taman Maluri.


“Program ini bukan saja untuk mengembalikan semula nostalgia tradisi lama, malah merapatkan hubungan antara satu sama lain di kalangan warga kolej.


“Ia sebagai mengubati rindu pelajar terhadap kampung halaman.

“Meskipun penat kerana terpaksa bertungkus-lumus, kepuasan akhirnya tercapai apabila mereka merealisasikan hasrat menghasil-kan bubur lambuk untuk dinikmati bersama,” katanya.

Turut hadir, Penolong Ketua Eksekutif Kebajikan Cybernetics, Rafiza Mohd Asiar dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar.

Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada lebih 200 pelajar dan kakitangan.

PS/ asl aq x dpt?? abg wil-wil saya x dpt bubur lmbuk tu r. cam ner nk uat ni? ish......


No comments:

Post a Comment